Posted by: wanis7475 | July 14, 2007

Apa Komen Anda

Ramai yang mengeluh kerana tindakan kerajaan menutup pelaburan internet. Pada pendapat saya kerajaan tidak boleh bertindak sedemikian; kenapa saya berkata demikian. Ini adalah kerana beberapa faktor:

1. Seharusnya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terburu-buru kerana sesuatu pihak sahaja. Sepatutnya pihak kerajaan lebih telus dalam menangani isu ini. Mengikut perkiraan saya kerajaan sebenarnya bukan menolong rakyat tetapi menyusahkan lagi rakyat.

2. Zaman telah berubah, masyarakat kita sudah celik dan bijak. Seharusnya kerajaan hanya menasihati mana-mana individu yang terlibat. Kita negara demokrasi biarkan rakyat bertindak dan berfikir sendiri. Jangan lagi kita nak kongkong pemikiran rakyat. Jika perbuatan itu dianggap salah hanya pihak kerajaan tidak mendapat cukai, tetapi pulangan yang rakyat dapat itu dibelanjakan dalam negara. Sebenarnya kerajaan telah mendapat lebih dari itu.

3. Sampai bila kita nak sekat kebebasan rakyat. Cukuplah…. biarlah rakyat atau individu itu mengatur sendiri untug rugi hidup mereka. selagi tidak mengancam keselamatan negara…kerajaan sepatutnya lebih telus.

4. Tindakan yang drastik yang diambil kerajaan bukalah sebenarnya membantu rakyat tetapi menyusahkan rakyat. Pendapat seseorang itu bukanlah sesuatu yang baik…… jangan hanya ingin menjual barang kita, maka kita memburukkan barang orang lain… ISLA M HADARI pun ada mengariskan supaya rakyat dan masyarakat malaysia celik IT dan maju dalam ekonomi….macam mana nak maju semua yang rakyat buat hendak disekat……


Leave a response

Your response:

Categories